nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

TENTANG LELAKI DAN WANITA n_n


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sejak dulu lagi, ramai orang mempertikaikan tentang lelaki dan wanita. Lelaki nak jadi perempuan, perempuan yang nak setaraf dengan lelaki dan bermacam-macam isu lagi. Pelik juga untuk difikirkan mengenai hal sebegini, tapi itulah realiti yang terjadi..

 Yang dinamakan lelaki

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh ayahnya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN..

3. Wajib bagi anak lelaki untuk melaksanakan tanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang telah dewasa dan telah mendirikan rumahtangga. Manakala perempuan tidak perlu, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Apabila Isterinya berbuat baik, maka akan mendapat pahala tetapi bila melakukan perkara yang tidak baik, segala dosanya akan ditanggung oleh suaminya. BERATKAN..!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, perkara ini wajib tetapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi Suami apabila bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Dan lebih mendukacitakan lagi apabila isteri yang perlu tanggung suami yang mempunyai kemampuan untuk mencari nafkah.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung oleh insan yang bernama lelaki, dosa mereka seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki meninggal dunia cepat kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuanlah. Begitulah kira-kiranya.. -keistimewaan tersebut kena cari sendirilah yer- (^_^)

Yang dinamakan wanita

1 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi bagi lelaki tidak perlu.

3 Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 Wanita wajib taat kepada suaminya.

7 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
 
`Renungan Seketika...

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan..? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama dari Ayahnya. Bukankah ibu adalah seorang wanita..? Wanita  menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan jika wanita meninggal dunia kerana melahirkan anak, maka ianya adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun oleh ALLAH. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu : Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika tersilap).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH, sayangnya ALLAH pada wanitakan...

Sekian Coretan pada hari ini.. Jika ada kekurangan harap dimaafkan, dan jika ada penambahan harap dapat berkongsi ilmu bersama.. 
Wallahu'alam bissawab

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...