nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

Lepaskan ia Pergi

Seorang jejaka memberitahu hasrat hatinya kepada seorang perenpuan, tapi hasratnya ditolak.. Cintanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi dia x berasa sedih.. Dan kawannya berasa pelik lalu bertanya kat dye :

Knapa kamu tidak sedih..?? Jejaka tersebut menjawab : "Mengapa patut aku bersedih..??"

"Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang x pernah mencintai aku .."
"Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya.."
 
Apabila kita teliti dialog diatas mesti kita merasa kagum dengan sikap jejaka itu, dya tidak merasa sedih mahupun berasa kecewa kerana mungkin bagi dya dengan apa yang dinamakan ''jodoh" tidak perlulah berasa risau mahupun takut kerana jodoh telah lama ditakdirkan sejak azali lagi.. Sebenarnya yang dinamakan jodoh  itu telah ditentukan oleh Allah SWT sejak pertama kali roh ditiupkan kepada kita iaitu semasa dalam kandungan ibu kita lagi.. dan seperti yang diketahui bahawa Jodoh, Rezeki, Ajal dan Maut adalah ketetapan Allah SWT. Bila menyebut tentang jodoh, mahupun ia datang cepat ataupun lambat semua itu adalah sebagai perjalanan kehidupan dan proses mengenal erti sebuah kehidupan.. Jika kita pernah mempunyai perasaan sayang dengan seseorang, namun perasaan itu hanyalah bertepuk sebelah tangan, biarkan perasaan itu berlalu pergi dan jangan pernah toleh ke belakang mengingatkan cerita cinta itu lagi.. hapuskan semua perasaan dengan insan yang tidak menghargai diri anda.. Pemilik cinta anda setelah Allah dan Rasul adalah orang yang menghargai anda dan bukan yang mempersia2kan penghargaan yang telah anda berikan.. Cintailah orang yang mencintai anda, bukan mencintai orang yang anda cintai.. jika mencintai orang yang anda cintai, maka berkemungkinan dya akan meninggalkan anda demi orang yang dya cintai dan jika sebaliknya InsyaAllah tidak akan sesekali wujudnya "Cinta bertepuk sebelah tangan".. Semailah Cinta selepas kahwin, InsyaAllah rahmat Allah bersama anda serta pasangan.

Kesimpulannya : jangan pernah berasa sedih, Lepaskan ia Pergi.. 
 Sekian coretan untuk kali ini, (mohon doa untuk keselamatan rakyat Sabah, moga keadaan di negeri Sabah akan tenang dan aman semula) Amin Ya Rabb..
Wallahu'alam bissawab 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...