بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ku gapai sebatang pena, ku biarkan ia beralun mengikut rentak penulisanku..Sebuah puisi yang ringkas telah tercipta..
Diilhamkan dari sebuah Kisah kau dan Aku..
Puisi 'DaHulu dan Kini' menghiasi ruangan bLog sekadar untuk mengisi kekosongan.. (◕‿◕) ♥
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Dahulu ku mengenalimu melalui satu Pertemuan..
Dahulu Pertemuan itu yang membuatku ‘Jatuh’ denganmu..
Dahulu dirimu tidak mengetahui tentang Perasaanku..
Dahulu ku Pendamkan Perasaan itu kerana takut diriku akan ‘jatuh’ buat pertama kalinya..
Dahulu ku rahsiakan segala isi hatiku..
Dahulu ku tidak pernah ‘Jatuh’ dengan apa yang dinamakan Cinta..
Dahulu ku hanya memandang remeh dengan Cinta 2 Insan..
Dahulu ku tidak menyukai perasaan itu singgah di dalam Hatiku..
Dahulu ku takut dengan perasaan itu, kerana tidak ingin Dikecewakan dan Mengecewakan..
Kini semuanya telah berubah..
Kini perasaan yang cuba ku pendamkan selama ini telah diketahui..
Kini segala rahsia hatiku telah pun Terbongkar..
Kini kau singgah di dalam Hatiku..
Kini kau dan aku cuba mengenali tentang diri masing-masing..
Kini kau dan aku membina sebuah Harapan..
Kini kau dan aku menjadi Insan pertama yang pernah singgah di hati masing-masing..
Kini tempat di Hatimu telah pun dihuni oleh Insan yang lain..
Kini aku yang dulu Insan pertama hanya menjadi persinggahan sementara buat dirimu..
Kini kau dan aku telah terpisah oleh Jarak dan Waktu..
Kini dirimu hanya menjadi kenangan yang tersimpan kemas dalam memoriku..
Kini ku Redha dan Pasrah melepaskan demi melihat Kebahagiaanmu di masa depan..
Kini air mataku berjaya dijatuhkan oleh dirimu..
Kini akhirnya Perkara yang ku takutkan telah pun terjadi..
Kini Kecewa itu hadir jua di dalam sekeping Hati..
Kini ku akur dengan kekecewaan itu..
Kini ku belajar dari sebuah Pengalaman Kehidupan..
Kini dan Dahulu tetap ada Perbezaannya..
Kini ku telah Terluka, kerana Dahulu ku pernah Bahagia..
Kini kisah kau dan aku akhirnya telah pun temui Titik Noktah.










0 comments:
Post a Comment