Teman..
Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu..?
Teman..
Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu..?
Teman..
Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu..?
Teman..
Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu..?
Teman..
Pernahkah kamu berbuat sesuatu perkara untuk berusaha memberi kegembiraan dengan 'dia yang bukan untukmu itu', namun begitu tak dihargai malahan kekecewaan yang diterima di dalam sekeping hati..?
Teman..
Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘mencintai yang lebih layak dicintai’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu..?
Saat aku tengah bergelut untuk lebih redha menerima pengalaman hidupku dan berusaha mempelajari dari setiap pengalaman hidup itu..
Aku berusaha sedaya upaya untuk bangun semula walaupun tersungkur, dan ku datang semula membawa semangat perjuanganku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir kerisauanku..
Aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja, bahkan aku cuba bersangka baik terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini..
Sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya...
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘cintai yang bukan milikku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku, HambaMu yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan..
~ perbaiki diri dari semasa ke semasa ~
**Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan sempadan**












0 comments:
Post a Comment