nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

JoM Gelak Ketawa Sekejap (✿◠‿◠)



BANYAK SANGAT 
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian.. mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos.

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali..

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini.."


 3 B
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" 


Pemuda : "Sudah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai Solat... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ..."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"


 TUAN HAKIM
Muthu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri kambing jirannya, Ah Seng. 
Perbicaraan bermula, peguambela Muthu bersungguh-sungguh mempertahankannya..

Dia meminta kes itu digugurkan dan Muthu dibebaskan kerana kekurangan bukti. 
Hakim setuju dan kes itu pun digugurkan..

Muthu  mengucapkan terima kasih kepada Hakim, kemudian bertanya, 
“Jadi, saya kena pulangkan balik ke kambing si Ah Seng tu..?”

SAKIT JIWA
Ketika pergi melawat saudaranya di Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan,
 Pak Pandir pun bertanyalah kepada pengarah hospital itu..
 
“Tuan pengarah, apa kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu patut ditahan di wad, atau sebaliknya,” demikian soalan Pak Pandir..


Jawab pengarah hospital,” Senang aja, kita akan penuhkan air dalam tab mandi, kemudian berikan sudu, cawan dan baldi kepada pesakit, suruh mereka keringkan tab mandi itu..”
Secepat kilat Pak Pandir mengangguk..

 “Oh, saya faham, saya faham! Kalau orang itu fikirannya waras, dia akan buang air dalam tab mandi menggunakan baldi sebab baldi lebih besar daripada sudu dan cawan. Betul, kan macam tu, tuan pengarah?” kata Pak Pandir dengan begitu yakin sekali..


“Tak!” jawab pengarah hospital.. “Orang yang waras akan cabut getah penutup lubang tab itu! Sekarang Pak Pandir beritahu saya, Pak Pandir nak bilik kat tingkat atas ke, kat tingkat bawah..?” 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

brown sugar macchiato said...

terhibur aq nong ngan lawak yg ko post ni...hehehehe :)

Qasehkuseindahsuriya said...

hehehe.... c ica bh plk... bestkn,, sampai spongebob pn boleh ketawa.. huhuhu (^_^)v

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...