nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

Kisah Tauladan Sang Katak

Sekelompok katak sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara katak tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang itu,mereka berkata pada kedua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati dan tidak perlu untuk berusaha keluar daripaada lubang itu. Kedua katak tersebut tidak menghiraukan kata-kata katak yang lain dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati sahaja di dalam lubang itu kerana mustahil untuk mereka keluar semula dari lubang yang sangat dalam...

Akhirnya, salah satu dari katak yang ada di dalam lubang itu mendengarkan kata-kata katak yang lain tadi dan dia pun menyerah kalah. Dia terjatuh dan mati di dalam lubang tersebut. Sedang katak yang satunya tetap meneruskan usahanya untuk melompat setinggi yang mungkin. Sekali lagi berkumpul katak-katak tersebut lalu berteriak padanya agar berhenti berusaha melompat dan mati sahaja. Namun begitu, katak yang satunya itu tetap berusaha dengan lebih kuat dan akhirnya berhasil...

Ketika dia sampai diatas, ada katak yang bertanya, "Apakah kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjawab soalan tadi dan menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya katak-katak tersebut sedar bahawa saat di bawah tadi katak pekak itu menganggap mereka telah memberikan kata-kata semangat kepadanya.....

~~Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang tengah putus asa dan sedang "jatuh" ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...