Biar berjanji tapi jangan mengingkari
Biar disakiti tapi jangan menyakiti
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi
Biar dilupakan tapi jangan melupakan
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan....
Kerana lafaz Insya Allah yang dilafazkan semasa berjanji perlu ada azam untuk cuba menyempurnakannya..
Kerana mulianya manusia apabila telah berjanji dan dia menunaikannya..
Kerana orang-orang yang memungkiri janji ibarat menulis Munafiq pada dahi bawah kepalanya..
Aku bimbang aku itu yang pernah datang mengingatkan..
Tetapi, akhirnya aku sendiri yang pergi meninggalkan..
Bertindak ingkar tidak beringat dengan pesanan yang pernah aku titipkan..
Aku kesal aku itu yang pernah memberikan harapan..
Tetapi, akhirnya aku sendiri yang meranapkan segala impian...
Bertindak gopoh tidak peduli dengan hati-hati yang kutaburi manisnya perjanjian..
Aku takut.. Kalau bukan aku, Mungkin hati mereka yang akan terluka...
Kalau bukan aku, Mungkin hati mereka yang akan kecewa...
Dan sekiranya hati mereka terluka..
Dan sekiranya hati mereka kecewa..
Hatiku juga akan patah kerana melukakan dan mengecewakan mereka bererti sama saja aku melukakan dan mengecewakan diriku sendiri.... ~
~:: Belajar dari kecewa.. Apabila kecewa cepat bangkit dan berusaha, jgn terus hidup dlm kegelapan dan terus mengalah..~:: kekecewaan itu adalah guru kita ::~ (^_^)











0 comments:
Post a Comment