nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

.:~Antara Taqdir dan Usaha~:.



Banyak pertanyaan yang timbul dalam 
masyarakat kita. Kenapa kita harus berusaha
sedangkan Allah telah menetapkan taqdir pada
kita? Inilah yang harus dijawab supaya umat Islam
tidak menjadi umat yang statis jika kita salah
memahami konsep taqdir.

Taqdir dan usaha adalah dua sisi yang berbeza,
dimana taqdir berhubungan dengan amalan hati
sedangkan usaha adalah amalan fisik, tidak salah
jika menggabungkan keduanya.

Ambil contoh perbezaan antara amalan hati dan
fisik. Mengimani Allah tidak bererti meninggal
ibadah padaNya. Mengimani rasul tidak bererti
meninggalkan sunnahnya. Mengimani Quran tidak
bererti meninggalkan membacanya, memahami,
melaksanakan hukum hukumnya serta berhenti
memperjuangkan tegaknya perintahnya. Demikian
pula mengimani taqdir tidak diertikan meninggalkan
usaha dan kerja keras.
Itulah sebab mengapa mengimani qada dan qadar
(taqdir) dimasukan pada rukun iman yang enam
bukan pada rukun Islam.

Sungguh bijak ungkapan Imam Al Juazi. Jika ada
orang yang bertanya : Mengapa kita harus
berusaha sedang taqdir telah mendahului kita?
Maka katakanlah pada orang itu : Mengapa kita
tidak berusaha sedang yang membuat taqdir
menyuruh kita berusaha?

Benarlah firman Allah SWT Apabila sudah
ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu
dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah
Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. 
(Al Jumu'ah : 10 )

Dari ayat ini dapat dibuat kesimpulan bahawa
mengingati Allah banyak banyak tidak bermakna
meninggalkan usaha. Disinilah perlunya umat
Islam memahami quran secara syumul agar tidak
di otak atik (dipersendakan) oleh musuh-musuh Islam.

Napoleon Banaparte ketika memasuki Mesir
sempat mengunakana dalil taqdir untuk
melemahkan perlawanan umat dengan ucapannya
yang terkenal Kalian memang ditaqdirkan untuk
dijajah! Namun masih ada yang dapat membalas
ucapan ini : Jika dijajah adalah taqdir maka
melawan penjajahan juga taqdir. Mungkin mereka
para pahlawan Islam itu mengambil dari ucapan
Umar bin Khatab. Lari dari taqdir Allah kepada
taqdir Allah.

Pemahaman taqdir secara separuh akan
mengakibatkan keterlambatan umat dalam
mengejar ketinggalannya. Maka selamanyalah
umat Islam dibawah telapak kaki kafir.

Sirah Rasul jelas mengatakan bahawa beliau tidak
meninggalkan usaha dengan alasan
taqdir ,sedangkan beliau SAW adalah manusia
yang paling bertawwakkal pada Allah. Demikian
pula Nabi sebelum beliau tidak satupun hanya
duduk menunggu pertolongan dan rezeki dari langit.

Benarlah ucapan ulama:
 Bertawwakkal adalah jiwa 
Rasulullah sedangkan kerja keras adalah
Sunnahnya

Wallahualam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...