nurqaseh55. Powered by Blogger.
RSS

Sekalung BingkisaN Doa



Ya ALLAH…Seandainya telah engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..Satukanlah 
hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..Dan ya ALLAH ..ya tuhanku yang maha mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini..Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi ya ALLAH…Seandainya telah engkau takdirkan..dia bukan milikku..Bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkanlah ia dari ingatanku..Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Serta ya ALLAH ya tuhanku yang maha mengerti…Berikanlah aku kekuatan..Melontar bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..Walaupun tanpa bersama dengannya…


Dan ya ALLAH yang tercinta…Gantilah yang telah hilang..Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..Walaupun tidak sama dengan dirinya..Ya Allah ya tuhanku..Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..Adalah yang terbaik buatku..Kerana Engkau maha mengetahui..Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…


Ya ALLAH…Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan akhirat..Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian..Di dunia ini mahupun di akhirat..Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup.. Ke jalan yang Engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…
Amin…Ya Rabbal A’lamin…

~~Usahlah meratapi perpisahan kerana jodoh pertemuan bukan di tangan kita…Atas rahmatNya kita bertemu si dia dan dengan kasihNya juga kita dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..Tidakkah kita terfikir kebesaran Allah…?? (-_-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...