Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun
Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji
kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia
berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung
sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir
seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup
kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara
lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan
itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah
kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu
biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah
kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi
bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan
dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang
ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan
pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini,
kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu
sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh
menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak
tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka
bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang
yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang
yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna ...











0 comments:
Post a Comment